Thursday 10 December 2015

Movie Review: The Hunger Games: Mockingjay (Part 2)

Assalamualaikum wbt semua,

Apa khabar? Nama saya Azim dan ini merupakan "blog post" saya yang pertama (lepas dah banyak tahun tinggalkan blogging ni huhu)...Anyway, nak cerita dengan korang semua pasal movie yang saya baru tonton malam semalam iaitu The Hunger Games: Mockingjay (Part 2) yang mana bintang utamanya adalah Jennifer Lawrence yang membawa watak Katniss Everdeen. Untuk pengetahuan semua, filem ini merupakan filem terakhir dalam siri filem-filem The Hunger Games. 

Ok, sebelum saya teruskan lebih lanjut, nak intro sikit pasal cerita ni terutama bagi mereka yang belum menonton atau tak mengikuti siri filem ini. The Hunger Games mengisahkan Katniss Everdeen yang heroin cerita ini, iaitu salah seorang daripada peserta dalam "The Hunger Games", suatu pertandingan di mana 2 orang (seorang lelaki dan seorang wanita) akan dipilih dari 12 daerah dalam negara Panem untuk berjuang hingga titisan darah terakhir dan hanya seorang sahaja akan dinobatkan sebagai pemenang atau "Victor". The Hunger Games ini sebenarnya dikelolakan oleh The Capitol, pusat pentadbiran kerajaan Panem yang dipimpin oleh ketuanya yang zalim dan kejam, President Snow lakonan Donald Sutherland.


                                   Salah satu babak dalam The Hunger Games: Mockingjay (Part 2)
                                              Kredit: Murray Close/Lionsgate

Untuk movie yang saya tonton semalam, bagi saya tema kisah ini mudah iaitu sebuah "social critique film" di mana ia ingin menunjukkan bagaimana pejuang-pejuang Hunger Games ini menentang kezaliman President Snow dan antara babak dan dialog menarik bagi saya adalah bila Katniss berkata "Tonight, turn your weapons to the Capitol...turn your weapons to Snow" iaitu sebuah "rallying call"(panggilan untuk bersatu) bagi bergabung dan menentang musuh yang sama iaitu Snow. Jika anda mengharapkan filem yang sangat sarat dengan aksi, anda mungkin kecewa kerana babak pertarungannya tidaklah berterusan sepanjang filem ini, tetapi ia lebih kepada pengembaraan "Victors" menuju ke arah Capitol bagi menawannya dan membunuh President Snow. "Victors" akan melalui pelbagai rintangan untuk sampai ke Capitol, dan apabila semakin hampir sampai, satu serangan besar berlaku di mana babak seterusnya menunjukkan Katniss berada di hospital menerima rawatan. 

Penghujung cerita ini agak mengejutkan dan tidak seperti yang saya jangkakan. Kalau nak tau, moh kita ke pawagam berhampiran anda untuk menonton filem ini. Cepat...sebelum tayangannya tamat ya!! Oh, untuk filem ini saya berikan 3.5 bintang.  

2 comments: