Thursday 4 February 2016

Kenapa rizab TH negatif?

Assalamualaikum wbt,

Hai semua. Lama jugak saya tak menulis dalam blog ni kan? Tu lah, busy sikit la dlm 2-3 bulan ni. Korang semua mesti follow secara dekat dengan apa yg berlaku pada Tabung Haji (TH) baru-baru ni kan? Kalau ikutkan penyata kewangan (financial statements) TH bertarikh 31 Disember 2014 yang ada di website mereka iaitu http://www.tabunghaji.gov.my, memang kita akan nampak yang rizab TH tu dalam figure negatif seperti dalam gambar kat bawah:


Sumber: Penyata Kewangan Tabung Haji bertarikh 31 Disember 2014 yang ada di website Tabung Haji.

Dan, kalau anda lihat di bawah column "Group" dan banding daripada tahun 2013 ke 2014, amaun reserves pun berkurang bukan? So maknanya rizab TH di peringkat kumpulan juga berkurangan. So, daripada sini saya mula mencari apa punca reserve figure ni jadi negatif. Pembayang pertama tentang perkara ini ialah sama ada TH ada mencatat kerugian yang besar tak pada tahun 2014, sebab biasanya kalau ada kerugian yang besar, reserves juga akan terkesan dengan kerugian tu (reserves tu antaranya terdiri daripada keuntungan (atau kerugian) terkumpul yang berlaku sepanjang kewujudan sesuatu syarikat tersebut). Tapi bila saya tengok dekat Income Statement (Akaun Untung Rugi), TH dan Group masih untung seperti boleh dilihat di bawah:


Jadi, sebab TH masih profit, saya pun tengok satu lagi dokumen iaitu Statement of Changes in Funds (SOCF) yang mencatat segala aliran dana sesuatu syarikat termasuk dana tunai dan bukan tunai (cash and non-cash fund movement). Bila saya baca SOCF ni, saya perasan satu amaun negatif yang besar dalam tu seperti yang anda boleh baca kat bawah ni (yang saya tunjuk ni SOCF untuk TH dahulu untuk lebih mudah difahami):


Fokus pada kawasan yang ada rectangle merah tu. Cuba korang tambah 3 nombor ni: (867,533) (ni negative figure tau), 223,366 dengan 292,704. Dah kira dah? Kalau korang tambah 3 nombor tu, hasil dia adalah (351,463) iaitu figure reserve untuk TH pada tarikh 31 Disember 2014 (rujuk atas untuk check balik). Untuk dapatkan figure untuk Group pun, tambah figure yang sama iaitu fair value reserve, accumulated reserve of TKJHM and TWT dengan retained earnings.

Lepas tu, korang perasan tak ada satu figure negative yang besar under column fair value reserve kat atas tu? Amount lebih kurang RM2.4 billion tu under line item "Changes in fair value of securities available for sale". Dalam Bahasa Melayu, ia bermaksud perubahan nilai pasaran terhadap sekuriti atau saham-saham yang dipegang oleh TH. Amaun ni bukan "actual cash outflow" atau aliran keluar tunai secara nyata, tapi lebih kepada perubahan nilai saham "atas kertas" atau mengikut nilai pasaran iaitu dalam kes ini, nilai saham tersebut berdasarkan harga semasa yang disebut di bursa saham.

Bila saya dah dapat info di atas, saya cari maklumat tentang saham mana yang TH merupakan antara pemegang saham utama ("substantial shareholder"). Kaji punya kaji (dan melalui telahan saya sendiri), rupa-rupanya TH merupakan pemegang saham ketiga terbesar dalam Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH). Berdasarkan maklumat di sini, dinyatakan bahawa TH memegang 7.78% saham dalam FGVH bersamaan dengan kira-kira 283.7 juta saham.

Kalau kita lihat berdasarkan trend pergerakan harga saham FGVH, kita boleh lihat ada 2 tempoh di mana harga saham FGVH jatuh dengan agak drastik iaitu daripada Mei hingga September 2014 (RM 4.24 ke RM 3.53 sesaham atau kira-kira 17% kejatuhan), dan sekali lagi di antara Oktober hingga Disember 2014 (RM 3.66 ke RM 2.18 sesaham atau kira-kira 40% kejatuhan). Carta pergerakan saham yang saya dapat daripada website The Wall Street Journal edisi Asia dilampirkan di bawah:

Carta pergerakan harga saham FGVH daripada September 2012 hingga Januari 2016
Sumber: The Wall Street Journal, Asia Edition (http://quotes.wsj.com/MY/XKLS/FGV/advanced-chart)

Untuk rekod, TH juga merupakan pemegang saham utama dalam syarikat tersenarai lain seperti dalam IJM Corporation Berhad (ketiga tertinggi dengan 5.5% pegangan saham) dan Axiata Berhad (kelapan tertinggi dengan 1.1% pegangan saham). Jadi, fair value reserve movement dalam akaun TH tidak hanya tertakluk kepada pergerakan saham FGVH sahaja tetapi ada saham lain yang mempengaruhinya. Namun, berdasarkan pegangan saham TH dalam FGVH, mungkin boleh diandaikan bahawa kejatuhan harga saham FGVH menyumbang kepada kejatuhan fair value reserve tersebut. 

Kenapa saya cerita semua ni pada anda? Sebabnya ialah saya tak mahu kita terburu-buru membuat keputusan untuk mengeluarkan semua simpanan kita dalam TH untuk pergi haji atau tujuan lain. Sebabnya, berdasarkan penerangan di atas, rizab TH jadi negatif disebabkan oleh kejatuhan fair value reserve dalam TH kerana pegangan sahamnya dalam syarikat tersenarai di Bursa Malaysia. Untuk pengetahuan semua juga, fair value reserve ini adalah "non-distributable reserve" atau rizab yang tidak boleh diagihkan kepada pemegang saham dan pendeposit termasuk kita semua. Hanya distributable reserve iaitu retained earnings (pendapatan terkumpul) yang akan digunakan untuk membayar dividen dan bonus kita (yang katanya akan diumumkan hari ni). Kalau tengok pada akaun TH di atas, masih ada positive balance dalam retained earnings tu, jadi insya Allah kalau tak ada apa aral melintang, ada la dividen dan bonus untuk kita tu. 

Jadi, sebelum kita buat apa-apa keputusan tentang akaun TH kita, mungkin kita patut tengok gambaran keseluruhan apa yang berlaku sebenarnya. Penerangan di atas cuma pemerhatian saya sendiri berdasarkan data dan maklumat yang saya cari dan baca. Keputusan terletak di tangan anda sendiri. Cuma satu saya nak luahkan iaitu saya sendiri tak setuju dengan pelantikan Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali sebagai salah seorang Pengarah dalam TH kerana ada potensi untuk "conflict of interest" di situ, dan mungkin TH atau pengarah-pengarahnya tidak boleh dibawa ke muka pengadilan atas apa-apa salahlaku yang mereka lakukan sebab adanya pengaruh Peguam Negara. 

Itulah sahaja tulisan saya yang panjang lebar ini. Harapnya bermanfaat untuk yang membaca, thanks for spending your precious time to read this. Let's have more info before we make any decision on our Tabung Haji savings. Renung-renungkan dan selamat beramal. 



16 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Nice post my brother..am proud of u

    ReplyDelete
  3. penjelasan yang bagus, bermakna kalau TH jual saham FGV dengan harga pasaran, akan jadi realised loss la kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, nanti kalau TH jual pada harga pasaran semasa, memang akan jadi realised loss.

      Delete
    2. Yup, nanti kalau TH jual pada harga pasaran semasa, memang akan jadi realised loss.

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Very interesting information and a very useful read.Thanks. We Malaysians need more and more intelligent article like this. It helps explains and dealt with some of the so much lies being told in various social media these days.

    ReplyDelete
  6. Very interesting information and a very useful read.Thanks. We Malaysians need more and more intelligent article like this. It helps explains and dealt with some of the so much lies being told in various social media these days.

    ReplyDelete
  7. Terima kasih tuan atas pencerahan yg begitu kritikal.
    Saya dapat mencapai info dari tuan dgn baik. Terima kasih sekali dgn.

    ReplyDelete
  8. Hasil 2013 RM3.5b, 2014 turun 3.0b. 2105 naik mendadak RM4.5b. Apakah yang menyumbang sampai begitu mendadak naik? Pasaran saham begitu meningkat mendadak ke?

    ReplyDelete
  9. Hasil 2013 RM3.5b, 2014 turun 3.0b. 2105 naik mendadak RM4.5b. Apakah yang menyumbang sampai begitu mendadak naik? Pasaran saham begitu meningkat mendadak ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas soalan saudara dan maaf sebab lambat sangat reply. Soalan bagus tu. Betul yang Tuan kata tu, tiba2 hasil mendadak ke RM 4.5 billion. Buat masa ni, saya tak boleh nyatakan secara tepat peningkatan tu daripada mana sebab belum dapat baca penyata kewangan penuh TH untuk 2015. Tetapi berdasarkan apa yang berlaku pada 2015, kemungkinan peningkatan hasil tu disumbang daripada aktiviti seperti penjualan hartanah TH di London. Saudara boleh baca artikel di link ini: http://www.thestar.com.my/business/business-news/2015/11/21/lth-sells-london-property/ untuk keterangan lanjut.

      Delete
  10. 1. Statement of Changes in Fund bukan aliran dana tunai-bukan tunai sesuatu syarikat, tetapi penyata tentang perubahan pemilikan ke atas sesebuah syarikat. Kalau dalam syarikat perniagaan lain ia dipanggil Statement of Changes in Owner's Equity. Disebabkan LTH bukan sebuah syarikat dimiliki sesiapa tetapi sebuah dana pelaburan yang terdiri daripada wang pendeposit Tabung Haji perubahan pemilikan (dana) bergantung kepada perubahan rizab dan pendapatan dikekalkan (setelah ditolak bonus).

    2. Surat yang dikeluarkan BNM menyatakan amalan membayar bonus lebih daripada reserves (retained earnings) adalah tidak sustainable. Ya retained earnings (nama lainnya revenue reserves) juga adalah komponen reserves selain daripada lebihan Tabung Kebajikan Jemaah Haji Malaysia (TKJHM) dan Tabung Warga Tua (TWT) dan juga fair value reserves yang perlu dilaporkan setiap tahun di dalam Statement of Comprehensive Income.

    3. Bagi tahun 2012, 2013 dan 2014 LTH telah mengumumkan bayaran bonus kepada pendeposit melebihi daripada keuntungan bersih tahunan.

    Untung Bersih - Bonus tahunan + Bonus Haji:
    2012: RM2,145,860,000 - RM2,457,846,000
    2013: RM2,624,168,000 - RM2,631,908,000
    2014: RM2,954,509,000 - RM3,237,196,000

    Daripada mana kekurangan untuk bayaran bonus ini ditampung? Daripada retained earnings/pendapatan dikekalkan yang juga komponen rizab iaitu dana pendeposit Tabung Haji. Lihat perubahan jumlah retained earnings (ya masih positif tetapi menurun) setiap tahun:
    2012: RM583,131,000
    2013: RM575,391,000
    2014: RM292,704,000

    4. Ditambah dengan prestasi pasaran saham tempatan dan dunia yang tidak menentu sepanjang 2014 dan 2015, berlaku perubahan di dalam fair value reserves RM2,423,892,000 yang perlu dinyatakan (recognised) di dalam Statement of Comprehensive Income seperti dikehendaki Financial Reporting Standard. Perubahan fair value reserves (dan juga penurunan retained earnings) ini menjadikan jumlah reserves menjadi negatif seperti dinyatakan saudara DAN juga menurunkan jumlah dana pendeposit Tabung Haji daripada RM54,357,750,000 kepada RM54,006,287,000. Inilah yang dimaksud kan oleh BNM bahawa sekiranya berlaku "bank run"/pendeposit membawa keluar deposit sekaligus semua sekali TH tidak akan mampu memenuhi tuntutan tersebut kerana nilai liabiliti + dana pendeposit melebihi aset tetap dan aset semasa LTH.

    5. TH membayar bonus tahunan yang lebih rendah tahun ini iaitu 5% berbanding 6.25% tahun lepas tetapi meningkatkan bonus haji 3% daripada 2% tahun lepas. Kita tidak dapat sahkan sama ada fair value reserves masih negative dan terus menurun atau sudah revalued semula kepada positif. Itupun jika pasaran saham meningkat, dan saham-saham pegangan TH meningkat. Tetapi prestasi pasaran saham 2015 lebih teruk daripada 2014 jadi saya tak optimis. Kita juga tidak tahu jumlah retained earnings bagi tahun 2015 dan juga sama ada TH membayar bonus lebih daripada keuntungan bersih tahunan atau masih menggunakan reserves.

    6. Tak ada siapa yang menyuruh pendeposit membawa keluar deposit mereka beramai-ramai baik Bank Negara ataupun ahli politik tertentu. Mereka hanya menyampaikan concern mereka tentang amalan membayar bonus lebih daripada keuntungan tahunan di dalam keadaan pasaran kewangan yang mencabar ia adalah suatu yang tidak sustainable.


    7. Tak perlu risau berlebihan kerana deposit TH dijamin kerajaan, duit pendeposit tak akan hilang, jika berlaku apa-apa kepada TH (nauzubillah) kerajaan akan membayar semula deposit pendeposit semua tetapi kita juga tidak boleh terlalu complacent dengan pengurusan kewangan dan risiko sebegini. Jika surat Bank Negara tidak "dibocorkan" mungkin tidak siapa sedar amalan bayaran bonus melebihi keuntungan yang diamalkan TH sejak 2012.

    ReplyDelete
  11. Thanks so much for yr comments n feedback. Betul tu, saya lupa nk kupas lebih dalam lagi. Perhaps i can use yr analysis to further elaborate on the situation at TH? Kalau ikutkan senario di atas, we still should be worried

    ReplyDelete