Tuesday 16 February 2016

My views on YB Pandan's financial analysis of TH

Assalamualaikum and a very good day to everyone,

Here I am again with yet another blog post on TH. This time, it's about YB Pandan aka En. Rafizi Ramli's analysis on TH financials from 2009 - 2015. I have read the entire document and I have to say that the analysis is quite overwhelming even for a seasoned accountant. I will not go into the details of the analysis but I'll just jump in into the areas that I do agree and disagree with Rafizi. For ease of reading, I shall go point by point on the areas that I would like to comment on. 

1. Kedudukan rizab Tabung Haji diunjurkan terus negatif bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015 iaitu dua tahun berturut-turut rizab Tabung Haji mengalami defisit. Ini selaras dengan peringatan yang diberikan oleh Bank Negara Malaysia. Rizab yang negatif bermakna Tabung Haji tidak berkeupayaan memulangkan semua simpanan pendeposit Tabung Haji jika ia dituntut serentak oleh pendeposit (dihuraikan di dalam Bahagian 3).

On the above statement, I agree with Rafizi in that Tabung Haji reserves will continue to be negative for the financial year ended (FYE) 31 December 2015. However, he does not elaborate further that the key contributor to the drop in reserves is the reduction of fair value reserves for securities available for sale which is NON DISTRIBUTABLE to the depositors and thus doesn't effect payment of dividends and/or bonuses. Also, on the ability to return all depositors savings, it should come from the distributable portion of reserves i.e. retained earnings and also the depositors savings fund column (you guys are welcome to give feedback if I may be wrong here). Please refer below for a clearer picture:


However, I do concur that the bonus payment is eating up the reserves. Thus, TH should be more prudent in future to ensure that the retained earnings figure does not further reduce as a result of bonus payment to depositors. 

A friend of mine has also asked whether is there any potential liquidity issue plaguing TH. On that note, I personally believe that there is no liquidity issue so far, based on the numbers available. Looking at the financial statements as at 2014, even after the bonus payment of RM 3.2 billion, TH has a total cash and cash equivalent balance of RM 9.5 billion at Group level. However, again TH needs to be careful to not dry up their reserves. 

Another point that I find a bit perplexing is the statement below:

i. Keuntungan bersih sebanyak RM3.53 bilion seperti yang diumumkan Datuk Seri Jamil Khir tidak mengambil kira kerugian akibat kejatuhan harga saham-saham yang dipegang Tabung Haji berdasarkan “Dasar Perakaunan Penting” (Significant Accounting Policies) yang diamalkan oleh Tabung Haji (rujuk mukasurat 245, Laporan Tahunan Tabung Haji 2014 mengenai dasar perakaunan bagi “sekuriti tersedia untuk dijual”).

ii. Ini berbeza dengan amalan biasa syarikat korporat yang mengamalkan dasar perakaunan bahawa kejatuhan nilai saham direkodkan terus di dalam penyata pendapatan supaya ia lebih menggambarkan nilai sebenar saham yang dipegang.

Read on especially on bullet point (ii), En Rafizi mentions that corporates have an accounting policy to directly book any drop in value of securities held straight into its income statement. This is NOT in line with the accounting standards related to securities held for sale, as TH is not in the share trading business (unlike securities firms or investment banks). Thus, any changes in fair value of securities should be recorded in fair value reserves until it is disposed, where only then any gains or losses should be booked in the income statement. 

All in all, my view on this matter is yes, TH should be prudent in its bonus payment policy and monitor its reserves closely. However, all parties analysing the financial statements should be fair in their assessments of TH's financial health so that readers get a fair and informed view over what is happening in TH. 

Disclaimer: The above writeup is totally my personal observation of TH's financials and I do not represent any person or organisation in expressing my views. Any comments or feedback on this posting is much appreciated. Thanks for your time to read this. 

Wassalam,
Azim



Thursday 4 February 2016

Kenapa rizab TH negatif?

Assalamualaikum wbt,

Hai semua. Lama jugak saya tak menulis dalam blog ni kan? Tu lah, busy sikit la dlm 2-3 bulan ni. Korang semua mesti follow secara dekat dengan apa yg berlaku pada Tabung Haji (TH) baru-baru ni kan? Kalau ikutkan penyata kewangan (financial statements) TH bertarikh 31 Disember 2014 yang ada di website mereka iaitu http://www.tabunghaji.gov.my, memang kita akan nampak yang rizab TH tu dalam figure negatif seperti dalam gambar kat bawah:


Sumber: Penyata Kewangan Tabung Haji bertarikh 31 Disember 2014 yang ada di website Tabung Haji.

Dan, kalau anda lihat di bawah column "Group" dan banding daripada tahun 2013 ke 2014, amaun reserves pun berkurang bukan? So maknanya rizab TH di peringkat kumpulan juga berkurangan. So, daripada sini saya mula mencari apa punca reserve figure ni jadi negatif. Pembayang pertama tentang perkara ini ialah sama ada TH ada mencatat kerugian yang besar tak pada tahun 2014, sebab biasanya kalau ada kerugian yang besar, reserves juga akan terkesan dengan kerugian tu (reserves tu antaranya terdiri daripada keuntungan (atau kerugian) terkumpul yang berlaku sepanjang kewujudan sesuatu syarikat tersebut). Tapi bila saya tengok dekat Income Statement (Akaun Untung Rugi), TH dan Group masih untung seperti boleh dilihat di bawah:


Jadi, sebab TH masih profit, saya pun tengok satu lagi dokumen iaitu Statement of Changes in Funds (SOCF) yang mencatat segala aliran dana sesuatu syarikat termasuk dana tunai dan bukan tunai (cash and non-cash fund movement). Bila saya baca SOCF ni, saya perasan satu amaun negatif yang besar dalam tu seperti yang anda boleh baca kat bawah ni (yang saya tunjuk ni SOCF untuk TH dahulu untuk lebih mudah difahami):


Fokus pada kawasan yang ada rectangle merah tu. Cuba korang tambah 3 nombor ni: (867,533) (ni negative figure tau), 223,366 dengan 292,704. Dah kira dah? Kalau korang tambah 3 nombor tu, hasil dia adalah (351,463) iaitu figure reserve untuk TH pada tarikh 31 Disember 2014 (rujuk atas untuk check balik). Untuk dapatkan figure untuk Group pun, tambah figure yang sama iaitu fair value reserve, accumulated reserve of TKJHM and TWT dengan retained earnings.

Lepas tu, korang perasan tak ada satu figure negative yang besar under column fair value reserve kat atas tu? Amount lebih kurang RM2.4 billion tu under line item "Changes in fair value of securities available for sale". Dalam Bahasa Melayu, ia bermaksud perubahan nilai pasaran terhadap sekuriti atau saham-saham yang dipegang oleh TH. Amaun ni bukan "actual cash outflow" atau aliran keluar tunai secara nyata, tapi lebih kepada perubahan nilai saham "atas kertas" atau mengikut nilai pasaran iaitu dalam kes ini, nilai saham tersebut berdasarkan harga semasa yang disebut di bursa saham.

Bila saya dah dapat info di atas, saya cari maklumat tentang saham mana yang TH merupakan antara pemegang saham utama ("substantial shareholder"). Kaji punya kaji (dan melalui telahan saya sendiri), rupa-rupanya TH merupakan pemegang saham ketiga terbesar dalam Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH). Berdasarkan maklumat di sini, dinyatakan bahawa TH memegang 7.78% saham dalam FGVH bersamaan dengan kira-kira 283.7 juta saham.

Kalau kita lihat berdasarkan trend pergerakan harga saham FGVH, kita boleh lihat ada 2 tempoh di mana harga saham FGVH jatuh dengan agak drastik iaitu daripada Mei hingga September 2014 (RM 4.24 ke RM 3.53 sesaham atau kira-kira 17% kejatuhan), dan sekali lagi di antara Oktober hingga Disember 2014 (RM 3.66 ke RM 2.18 sesaham atau kira-kira 40% kejatuhan). Carta pergerakan saham yang saya dapat daripada website The Wall Street Journal edisi Asia dilampirkan di bawah:

Carta pergerakan harga saham FGVH daripada September 2012 hingga Januari 2016
Sumber: The Wall Street Journal, Asia Edition (http://quotes.wsj.com/MY/XKLS/FGV/advanced-chart)

Untuk rekod, TH juga merupakan pemegang saham utama dalam syarikat tersenarai lain seperti dalam IJM Corporation Berhad (ketiga tertinggi dengan 5.5% pegangan saham) dan Axiata Berhad (kelapan tertinggi dengan 1.1% pegangan saham). Jadi, fair value reserve movement dalam akaun TH tidak hanya tertakluk kepada pergerakan saham FGVH sahaja tetapi ada saham lain yang mempengaruhinya. Namun, berdasarkan pegangan saham TH dalam FGVH, mungkin boleh diandaikan bahawa kejatuhan harga saham FGVH menyumbang kepada kejatuhan fair value reserve tersebut. 

Kenapa saya cerita semua ni pada anda? Sebabnya ialah saya tak mahu kita terburu-buru membuat keputusan untuk mengeluarkan semua simpanan kita dalam TH untuk pergi haji atau tujuan lain. Sebabnya, berdasarkan penerangan di atas, rizab TH jadi negatif disebabkan oleh kejatuhan fair value reserve dalam TH kerana pegangan sahamnya dalam syarikat tersenarai di Bursa Malaysia. Untuk pengetahuan semua juga, fair value reserve ini adalah "non-distributable reserve" atau rizab yang tidak boleh diagihkan kepada pemegang saham dan pendeposit termasuk kita semua. Hanya distributable reserve iaitu retained earnings (pendapatan terkumpul) yang akan digunakan untuk membayar dividen dan bonus kita (yang katanya akan diumumkan hari ni). Kalau tengok pada akaun TH di atas, masih ada positive balance dalam retained earnings tu, jadi insya Allah kalau tak ada apa aral melintang, ada la dividen dan bonus untuk kita tu. 

Jadi, sebelum kita buat apa-apa keputusan tentang akaun TH kita, mungkin kita patut tengok gambaran keseluruhan apa yang berlaku sebenarnya. Penerangan di atas cuma pemerhatian saya sendiri berdasarkan data dan maklumat yang saya cari dan baca. Keputusan terletak di tangan anda sendiri. Cuma satu saya nak luahkan iaitu saya sendiri tak setuju dengan pelantikan Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali sebagai salah seorang Pengarah dalam TH kerana ada potensi untuk "conflict of interest" di situ, dan mungkin TH atau pengarah-pengarahnya tidak boleh dibawa ke muka pengadilan atas apa-apa salahlaku yang mereka lakukan sebab adanya pengaruh Peguam Negara. 

Itulah sahaja tulisan saya yang panjang lebar ini. Harapnya bermanfaat untuk yang membaca, thanks for spending your precious time to read this. Let's have more info before we make any decision on our Tabung Haji savings. Renung-renungkan dan selamat beramal.