Tuesday 22 December 2015

Surat terbuka untuk Perdana Menteri

Assalamualaikum wbt,

Ke hadapan Dato Sri Najib Tun Abdul Razak, 

Dato Sri, 

Jika surat ini sampai ke pengetahuan Dato Sri, pertamanya saya ingin ucapkan terima kasih kepada Dato Sri kerana sudi meluangkan masa untuk membaca surat saya ini. Saya bukan siapa-siapa, saya cuma seorang rakyat Malaysia di antara 30 juta yang ada, yang ingin meluahkan isi hati mungkin kebanyakan rakyat marhaen di negara tercinta ini.

Dato Sri,

Tahun 2015 sudah hampir melabuhkan tirainya, dan apa yang boleh saya katakan adalah tahun ini merupakan tahun yang sangat mencabar, bukan sahaja bagi kerajaan tetapi juga bagi kami orang kebanyakan. Cabaran ini bermula dengan pengenalan GST pada April lalu. Kami dijanjikan dengan sistem yang lebih telus, efisien dan pantas dalam proses kutipan cukai. Ya, jika diukur dari sudut itu, memang boleh dikatakan GST mencapai tanda aras telus, efisien dan pantas tersebut kerana boleh dikatakan hampir kesemua barangan dikenakan GST kecuali yang diwartakan sebagai kadar sifar atau "zero rated", termasuk barangan yang tidak dikenakan cukai sebelum ini. Kami dijanjikan dengan harga barang yang lebih murah selepas pengenalan GST, namun setelah 8 bulan berlalu, apa yang kami rasai adalah kos sara hidup yang semakin membebankan. Dikatakan yang pendapatan GST berjumlah lebih kurang RM30 juta sehari, tetapi kami tidak nampak hasilnya. Sistem pengangkutan awam masih di takuk lama, sekolah masih banyak yang perlu dibaiki, rumah mampu milik masih tidak cukup jumlahnya dibanding dengan permintaan. Jadi ke mana hasil GST ini semua pergi?

Kemudian, beberapa bulan selepas itu kami dikejutkan dengan pengumuman kenaikan kadar tol untuk lebuhraya bertol dalam bandar yang kebanyakannya di Lembah Klang. Yang sedihnya, sudahlah kami terbeban dalam perbelanjaan asas, sekarang tol pula yang sekarang dikira keperluan disebabkan banyaknya laluan tol untuk sampai ke tempat kerja kami juga naik kadarnya. Dato Sri, memang ada Menteri yang kata "kalau nak elak bayar tol, bangun awal dan cari jalan alternatif". Tapi bagaimana pula dengan proses penjagaan anak-anak, bukan semua orang di Malaysia ini mempunyai pembantu rumah. Juga, takkan kami nak susahkan penjaga anak kami dengan mengejutkan mereka seawal masuknya waktu solat Subuh. Jadi, rela atau tak rela kami telan sajalah tol yang mahal tu. 

Selepas kenaikan tol tersebut, kami ingatkan pengangkutan awam akan menjadi "penyelamat" kami untuk mengawal kewangan yang sudah tenat ini. Namun, gembira kami cuma seketika bila di akhir tahun ini, telah diumumkan kenaikan kadar tambang untuk LRT, komuter dan monorel, ada yg sampai 50% kenaikannya. Nampak macam sudah tiada jalan keluar buat kami. Segala tempat nak dinaikkan harga. Apa lagi pilihan yang kami ada. Oh, saya terlupa...ada seorang Menteri kata "saya akan jadi orang yang paling gembira kalau ramai orang kembali ke kampung untuk bekerja". Alasan ini amat lucu bagi saya, kerana buat masa sekarang memang bandar tempat kebanyakan orang mencari rezeki tak kira dalam sektor awam atau swasta. Di kampung kita boleh menyumbang sebagai petani, penternak dan nelayan. Mungkin lebih prasarana boleh dibangunkan di kampung-kampung jika kita mahu ramai rakyat kembali ke kampung dan membangunkan kampung masing-masing. 

Saya faham yang kedudukan kewangan negara makin tenat, ditambah dengan penurunan harga minyak dunia dan juga nilai matawang kita. Tapi, apa yang kami ingin lihat adalah apa solusi yang akan dicari? Nampaknya sekarang ini, solusi yang didapatkan ialah dengan menaikkan kadar itu dan ini dan menyerahkan tugas menampung tabung negara melalui wang rakyat. Kami rakyat Malaysia mahukan penyelesaian yang lebih kreatif daripada ini, contohnya galakkan pembelian barangan Malaysia untuk mengelakkan pengaliran mata wang kita ke luar negara, galakkan pelancongan domestik, berikan bantuan kepada peniaga untuk menembusi pasaran dalam dan luar negara dan sebagainya. Bukan semua masalah negara boleh diselesaikan dengan mengambil wang daripada rakyat melalui cukai dan sebagainya. 

Dato Sri,

Tahun ini juga hampir setiap hari isu 1MDB diputarkan di seluruh media tidak kira arus perdana atau alternatif. Bagi saya dan mungkin kebanyakan rakyat, penerangan yang diberi masih tidak memuaskan. Pada pendapat saya, Dato Sri patut berehat sementara waktu buat masa ini. Berilah ruang kepada pihak berwajib bagi menjalankan siasatan mereka sebaik mungkin dan tanpa gangguan. 

Sebelum saya akhiri warkah saya ini, saya ingin ingatkan diri saya dan juga Dato Sri yang setiap apa yang kita lakukan ini dicatat oleh malaikat dan diperhatikan oleh Yang Maha Esa. Jika Dato Sri yakin Dato Sri di pihak benar, semoga Dato Sri diberkati dan dirahmati Allah. Namun, jika benar terdapat kekhilafan, marilah kita sama-sama insaf sebelum ditimpa musibah. Jangan kita tunggu sehingga Tuhan buka segala aib dan kesalahan kita, barulah kita mahu sedar dan insaf. Ingatlah, sesungguhnya Allah itu Maha Adil dan Maha Bijaksana. 

Sekian,

Rakyat Marhaen


Monday 14 December 2015

Tahniah Nana...Juara Gegar Vaganza 2!!!

Assalamualaikum semua, 

Saya pasti ramai antara kita semalam telah menonton Konsert Akhir Gegar Vaganza musim ke-2 betul tak? Saya sendiri memang dah follow Gegar Vaganza ni sejak episod pertama lagi, dan bagi saya mereka yang bertanding di pentas akhir semalam memang "deserve to be there" sebab masing-masing ada kekuatan dan aura masing-masing dalam memberi persembahan yang terbaik. 

Apa pun, saya nak ucapkan tahniah lagi sekali kepada juara Gegar Vaganza 2 iaitu Siti Nordiana atau Nana. Secara peribadi, kalau dilihat dari awal memang saya tak jangka yang beliau akan masuk akhir pun, mungkin sebab dulu saya perhatikan Nana ni selalunya membawakan lagu-lagu dengan irama yang "simple" dan tak nampak "vocal range" beliau. Ya, memang ketika di puncak, Nana dan Allahyarham Achik Spin popular, tapi bagi saya bukan terbaik, kalau diukur dari segi lagu-lagu yang dibawakan dulu.

Jadi, bila Nana dah masuk Gegar Vaganza ni, saya perhatikan perkembangan beliau dari minggu ke minggu. Memang terbukti lepas dah banyak performance, baru kita nampak Nana keluar dari kepompongnya dan tunjuk bahawa dia boleh menyanyi dengan sangat baik. Antara persembahannya yang paling memukau bagi saya ialah ketika dia membawakan lagu "Mengapa" nyanyian asal Nicky Astria. Rasanya kalau kita follow industri muzik bahasa Melayu, kita tahu yang lagu tu memang nadanya tinggi dan bukan calang-calang penyanyi yang boleh bawak. Malah, Dato Ramli MS pun kata dia risau sebab takut Nana tak lepas certain notes masa menyanyi lagu tu. But, indeed everyone was proven wrong including me. Sejak daripada tu, memang saya terus minat dan mengharapkan Nana akan pergi jauh dalam Gegar Vaganza ni.

Persembahan Nana dengan lagu "Putus Terpaksa" semalam pun memang sangat baik bagi saya. Dengan key yang sangat tinggi (key asal Ziana Zain katanya), dia mampu untuk membawakan lagu tu dengan baik dan dengan caranya sendiri, siap ada suara serak dan "husky" sikit, very sexy in my opinion.


Nana, Farahdhiya dan Ezad, pemenang 3 tempat teratas Gegar Vaganza Musim ke-2
Gambar ihsan Harian Metro Online (http://www.hmetro.com.my)

Overall, saya puas hati dengan keputusan juri untuk top 3 iaitu Nana, Farahdhiya dan Ezad. Cuma terkejut sikit sebab Haiza dapat tempat ke-6. Prediction saya ialah Acong menduduki tempat tercorot tu, tapi panel juri lebih arif dan pasti telah membuat pertimbangan sewajarnya. Apa pun, kita tunggulah sama ada tahun depan akan ada Gegar Vaganza 3 pulak ya. 

Assalamualaikum...







Thursday 10 December 2015

5 Signs You Should Leave Your Job for a Better One

Assalamualaikum and hi there,

Alright, in general most of us are working with salaried jobs either in the public sector or private sector right? And I'm sure everyone of us have experienced situations where you think it's time to move to another job. Here, I've compiled 5 of the most classic signs where you should leave your current job and move on to a better one:

1. Waking Up Every Morning Feels So Heavy

This is the first sign that your current job may not longer be the ideal job for you. You dread the feeling when the alarm rings at 6.30 or 7.00 AM in the morning coz you know that you're going to the office and doing something you're no longer happy doing. If this is what's happening to you, then probably a career change is what you need.

2. You No Longer Get Along With Your Boss/Colleagues

This second reason might be obvious to some of us. In my own case, I've experienced this whereby the job I'm doing is actually interesting and exciting but the boss I report to is such a pain in the backside, coz he/she is always looking for your mistakes or shortcomings and seldom recognises your contributions to the team. There's even an article that says one of the main reasons why good employees leave an organisation is because of the managers in charge of the staff.

3. Your Skills Are Not Being Tapped to the Fullest

Yeah, some of us have our peak and off-peak cycles right? People in finance or audit would know this. Off-peak cycles are good because they give us time to rest for a short period and "recharge our batteries" before we go back to the next peak cycle. However, if you feel that your break is a little too long, you better start worrying. Why do I say this? It's because this may mean that your superior is not tapping your skills to the fullest, or worse he/she may have lost trust in you to deliver a project on time or at the level of quality he/she desires.

This issue can actually be resolved by the staff by being proactive and seek for opportunities to get more challenging assignments, which hopefully can prove to the superior that you can deliver what is expected. Give it perhaps 3 months and calmly ask for feedback from your boss on how you've performed. If the comments are constructive, then let's build on that. However, if the criticism is so negative, then perhaps that resume of yours needs some updating very soon.

4. Depression Sets In The Moment You Leave Your Home

If every morning you feel depressed, lost or sad and you know it's because you need to make a trip to that dreaded place called "your office", then perhaps you need to leave your job VERY SOON. Depression if left unchecked, could lead to more negative consequences such as feelings of hopelessness or worse suicidal tendencies.

Get support from your parents, partner or friends and talk to them about this. Emotions bottled up is dangerous to everyone, although we now live in a world that requires us to put on a brave face everyday. I guess that's why Stan Lee penned the comic "The Incredible Hulk" (one of my favourite Marvel characters by the way), it is to show us that we shouldn't keep our emotions hidden for too long, because it may bring a negative effect to everyone around us.

5. Your Physical Health Is Suffering

Stress - everyone experiences it. Minimal amounts of stress is actually GOOD for us because it will give us the drive to produce excellent results in whatever we do, be it work, competing in a marathon or answering your exam. However, excessive amounts of stress would lead and manifest itself into a deterioration of our physical health.

My own personal experience on this is I remember when I was an auditor in one of the Big 4 firms. At the time, our deadline was so close, that we were working up till 3 AM in the morning for about 2 weeks straight. However, we were still required to come in to work at about 9.00 AM at the latest. This resulted in me getting so little sleep every night, until my work papers entered my dreams. I remember one time where I drove my car like a zombie, where my eyes weren't really focused on the road but in the end I reached my office - I guess that was because the route to my office was already hardwired in my brain that I managed to reached my destination.

So there you have it guys, the 5 signs that you need to leave your job for a better one. Before I go, I'd like to leave you with the following picture for us to ponder upon. Have a productive day ahead people!!


Movie Review: The Hunger Games: Mockingjay (Part 2)

Assalamualaikum wbt semua,

Apa khabar? Nama saya Azim dan ini merupakan "blog post" saya yang pertama (lepas dah banyak tahun tinggalkan blogging ni huhu)...Anyway, nak cerita dengan korang semua pasal movie yang saya baru tonton malam semalam iaitu The Hunger Games: Mockingjay (Part 2) yang mana bintang utamanya adalah Jennifer Lawrence yang membawa watak Katniss Everdeen. Untuk pengetahuan semua, filem ini merupakan filem terakhir dalam siri filem-filem The Hunger Games. 

Ok, sebelum saya teruskan lebih lanjut, nak intro sikit pasal cerita ni terutama bagi mereka yang belum menonton atau tak mengikuti siri filem ini. The Hunger Games mengisahkan Katniss Everdeen yang heroin cerita ini, iaitu salah seorang daripada peserta dalam "The Hunger Games", suatu pertandingan di mana 2 orang (seorang lelaki dan seorang wanita) akan dipilih dari 12 daerah dalam negara Panem untuk berjuang hingga titisan darah terakhir dan hanya seorang sahaja akan dinobatkan sebagai pemenang atau "Victor". The Hunger Games ini sebenarnya dikelolakan oleh The Capitol, pusat pentadbiran kerajaan Panem yang dipimpin oleh ketuanya yang zalim dan kejam, President Snow lakonan Donald Sutherland.


                                   Salah satu babak dalam The Hunger Games: Mockingjay (Part 2)
                                              Kredit: Murray Close/Lionsgate

Untuk movie yang saya tonton semalam, bagi saya tema kisah ini mudah iaitu sebuah "social critique film" di mana ia ingin menunjukkan bagaimana pejuang-pejuang Hunger Games ini menentang kezaliman President Snow dan antara babak dan dialog menarik bagi saya adalah bila Katniss berkata "Tonight, turn your weapons to the Capitol...turn your weapons to Snow" iaitu sebuah "rallying call"(panggilan untuk bersatu) bagi bergabung dan menentang musuh yang sama iaitu Snow. Jika anda mengharapkan filem yang sangat sarat dengan aksi, anda mungkin kecewa kerana babak pertarungannya tidaklah berterusan sepanjang filem ini, tetapi ia lebih kepada pengembaraan "Victors" menuju ke arah Capitol bagi menawannya dan membunuh President Snow. "Victors" akan melalui pelbagai rintangan untuk sampai ke Capitol, dan apabila semakin hampir sampai, satu serangan besar berlaku di mana babak seterusnya menunjukkan Katniss berada di hospital menerima rawatan. 

Penghujung cerita ini agak mengejutkan dan tidak seperti yang saya jangkakan. Kalau nak tau, moh kita ke pawagam berhampiran anda untuk menonton filem ini. Cepat...sebelum tayangannya tamat ya!! Oh, untuk filem ini saya berikan 3.5 bintang.